Fadhilatul Ahya' (10 Jan 2010)

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Thursday, June 24, 2010

Sesuci Hati Habil

Pada suatu masa dahulu, Allah telah menciptakan Adam dan Hawa di dalam syurga. Kerana termakan pujukan syaitan, Hawa mengajak Adam memakan buah khuldi dari pohon terlarang sehingga mereka diturunkan ke dunia.


Adam dan Hawa tiba di berlainan tempat di Bumi dan akhirnya mereka bertemu. Mereka melahirkan empat orang anak: kembar perempuan (Labuda dan Ikrima) dan kembar lelaki (Habil dan Qabil).


Pada suatu hari, Allah memerintahkan Habil dan Qabil mengorbankan haiwan ternakan dan hasil tanaman mereka. Habil yang ikhlas dan baik hati membawa biri-biri yang paling gemuk dan buah-buahan terbaik kepunyaannya. Tetapi Qabil pula sebaliknya. Oleh sebab itu, Allah menerima korban Habil.


Qabil sangat dengki terhadap Habil atas apa yang terjadi. Tambahan lagi, Habil juga akan mengahwini kembar perempuan Qabil, Ikrima yang cantik. Sedangkan Qabil juga turut menyintai Ikrima. Bagi Qabil, ayahnya bersikap pilih kasih.


Saat mereka berdua berburu di hutan, Qabil menyatakan kejengkelan hatinya kepada Habil dan berhasrat untuk membunuh adiknya itu. Namun, Habil yang baik hati berkata, "saya tidak akan pernah mengangkat tangan untuk membunuhmu walaupun engkau tetap akan membunuhku."


Tiba-tiba harimau muncul di hadapan mereka. Qabil yang berasa bangga diri cuba untuk menunjukkan kekuatan dirinya dengan bergelut bersama harimau. Namun, harimau itu ternyata lebih gagah berbanding dirinya. Tanpa rasa dendam, Habil menyelamatkan saudaranya daripada menjadi habuan harimau tersebut. Tetapi, perkara itu menambah kejengkelan hati Qabil. 'Habil lebih kuat berbanding dirinya.'


Syaitan membisik kepada Qabil bagaimana caranya untuk membunuh Habil. Qabil mengangkat batu berat dan mencampakkannya ke arah kepala Habil. Habil akhirnya meninggal dunia dan wujudlah seorang pembunuh manusia pertama dalam sejarah.


Qabil menyesal terhadap perbuatannya yang kejam. Dia sedang berfikir apa yang hendak dibuat seterusnya dengan mayat adik lelaki yang telah dibunuh. Kemudian, dia melihat dua ekor burung gagak hitam yang bertarung dan satu darinya mati tertewas. Burung hitam yang hidup itu menggali tanah dan menanam burung yang sudah mati itu. Qabil mengikut cara tersebut lalu menggali tanah dengan kedalaman yang cukup untuk mayat Habil ditanam. Maka, inilah asasnya cara menanam mayat oleh masyarakat Islam dan kebanyakan budaya manusia kini yang diamalkan untuk beberapa alaf.


Pengajarannya, jadilah seikhlas Habil, dia melakukan yang terbaik dalam apa jua perkara yang dilakukannya, tidak dengki, pemaaf, suka membantu dan matinya juga insyaAllah di masukkan ke syurga. Berbahagialah dia sana...


diedit dari sumber : wikipedia

Saturday, June 19, 2010

Tandem Nursing


Menyusukan 2 anak yang berbeza umur pada masa yang sama adalah perkara yang agak janggal bagi kebanyakan orang tapi ramai ibu-ibu hari ini yang berjuang untuk itu walaupun melintang arus adat zaman berzaman.

Dan saya adalah salah seorang daripada mereka. Ada kebaikan dan kekurangan dalam melaksanakan 'tandem nursing'. Kebaikannya adalah seperti kebaikan susu ibu untuk anak-anak walaupun usia yang berbeza, jimat belanja, tak perlu fikir tentang peralatan menyusu, mengeratkan kasih-sayang dan membentuk sikap sabar dalam diri umi terutamanya. Kekurangan pula susah sikit kalau nak bermalam di rumah saudara mara yang tiada bilik tetamu dan masa banyak dihabiskan untuk menyusu.

Pada permulaannya, anda mungkin agak sukar untuk membiasakan yang sulung untuk berkongsi susu dengan si adik, mencari-cari posisi yang sesuai untuk menyusu kedua-dua anak sekali gus, belajar bersabar dengan kerenah mereka, keletihan menghabiskan masa di atas katil dan memekakkan telinga apabila ada yang kurang bersetuju dengan 'tandem nursing'. Umi juga perlu bijak menyusun masa untuk aktiviti lain seperti solat, membuat kerja rumah, kerjaya dan waktu istimewa bersama suami. Selepas beberapa bulan, semua akan berjalan dengan baik.

Apa yang menarik, pengaliran dan kuantiti susu pada hari pertama kelahiran si adik sangat bagus berbanding ibu yang lain kerana yang sulung masih menyusu ketika umi sedang hamil . Bekalan susu yang cukup pada hari-hari pertama bayi akan mengelakkan bayi daripada dijangkiti jaundis.
Anda boleh juga mengisi masa menyusukan anak sambil membaca buku, bercerita dan sebagainya. Cabaran yang menarik. =)