Tuesday, August 31, 2010
Sebuah Kisah di Aidilfitri
Wednesday, August 11, 2010
Ramadhan : Antara Bulan dan Matahari
“Apa istimewanya berpuasa di bulan Ramadhan dan bukannya September?” saya bertanya.
Para peserta modul Fiqh of Travellers terpinga-pinga.
Bukan tidak tahu jawapan, tetapi tidak faham apa hubungkaitnya antara Ramadhan dan September.
“Kedua-duanya adalah bulan kesembilan di dalam kalendar Gregorian dan kalendar Hijriah Islam” aju seorang peserta.
“Benar sekali. Tetapi sentiasakah Ramadhan itu jatuh bersamaan dengan bulan September?” saya melanjutkan soal jawab.
“Tentu sahaja tidak. Malah Ramadhan akan tiba kira-kira 10 hari lebih awal berbanding dengan tahun sebelumnya” balas peserta tersebut.
Tepat sekali. Itulah yang cuba saya gambarkan kepada mereka. Setiap tahun, Ramadhan akan tiba sekitar 10 atau 11 hari lebih awal berbanding dengan tahun sebelumnya. Ramadhan pernah jatuh pada bulan Disember, ia juga boleh tiba pada bulan Jun.
Hikmahnya besar.
Hikmah yang lebih jelas bagi manusia yang mengambil peluang kembara ke utara atau selatan Bumi.
Semasa Ramadhan tiba pada bulan Disember, ia bermaksud umat Islam di negara-negara utara Bumi menyambut bulan yang penuh makna ini pada musim sejuk. Selain cuaca yang sejuk, mengurangkan rasa dahaga yang menguji, siang pada musim sejuk adalah pendek berbanding malam. Subuh lewat dan Maghrib pula awal.
“Seawal bagaimana ustaz?” tanya seorang peserta.
“Subuh boleh masuk selewat 7:30 pagi dan Maghrib pula masuk pada jam 4 petang!” saya menjawab.
“Wah, hebatnya!” pelajar-pelajar itu kelihatan teruja.
“Sebab itu ramai orang kaya buat umrah di London, semasa Ramadhan jatuh pada musim sejuk!” saya berseloroh.
Mereka ketawa. Faham dengan bahasa sinis itu.
“Tetapi lain pula ceritanya di musim panas. Apabila Ramadhan tiba pada bulan Julai, itu sudah terbalik. Siang menjadi panjang, malam menjadi pendek” saya menyambung penjelasan.
“Misalnya?” tanya anak muda yang bakal terbang ke USA itu.
“Di Amerika Syarikat saya tidak pasti. Tetapi di tempat saya bertugas dahulu di Ireland Utara, Subuh boleh tiba seawal 2:15 pagi dan Maghrib selewat 9:45 malam!” saya menjawab.
Terkejut mereka.
“Mujurlah saya sudah balik ke Malaysia. Kalau tidak, tinggal sekepinglah jawabnya!” saya mengusik.
Dalam ketawa, mereka turut dilanda resah. Saya tinggal di Malaysia, mereka bakal terbang ke destinasi pengajian masing-masing. Bakal berpuasa di perantauan. Menyambut Ramadhan di musim panas. Musim yang siangnya panjang berganda dan malam pula hanya segelintir hari.
“Tetapi untunglah mereka yang bakal ke Australia dan New Zealand. Terbalik dari UK, USA, Russia dan Jepun, bulan Jun, Julai dan Ogos di sana itu adalah musim sejuk” saya menyambung kuliah.
Benar sekali.
Jika selama ini, umat Islam di Hemisfera Selatan Bumi seperti Australia, New Zealand, Afrika Selatan dan Argentina diuji dengan Ramadhan yang jatuh pada November, Disember dan Januari yang merupakan musim panas, umat Islam di utara Bumi sedang meraikan puasa di musim sejuk. Kini, apabila umat Islam di Utara pula semakin panjang tempoh puasanya kerana Ramadhan jatuh pada musim panas, umat Islam di Selatan pula mengambil giliran menikmati puasa yang semakin pendek dan mudah.
Duduklah di mana sahaja, dengan Islam kita akan menikmati keadilan Allah Subhanahu wa Ta’aala.
Lagi bagus, kalau duduk di Malaysia, dari lahir sampai mati, sentiasa sederhana dan sama sahaja!
Berbeza sekali dengan agama Kristian yang menggunakan kalendar berasaskan matahari. 25 Disember sentiasa musim sejuk di utara bumi, dan sentiasa musim panas di selatan sana. Imej Krismas di Australia dan New Zealand tidak pernah sama dengan imej Krismas menurut sentuhan UK dan USA kerana Disember sentiasa musim sejuk di atas sana, sentiasa musim panas di selatan pula.
Islam agama fitrah.
Bukankah ia sesuatu yang indah?
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG
Monday, August 9, 2010
Info Campak
Campak merupakan penyakit mudah berjangkit yang selalunya menyerang kanak-kanak ,
namun ia juga boleh berlaku pada semua peringkat umur. 90% kontak yang tidak
berimunisasi berada berdekatan pesakit akan dijangkiti dengan mudah. Ia menjangkiti sistem
respiratori dan menyebabkan ruam kulit. Seseorang boleh dijangkiti selama 1 hingga 2 hari
sebelum tanda tanda dapat dilihat dan sehingga 4 hari setelah ruam timbul.
Ia disebarkan melalui bersin, batuk dan bahan terjangkit dan permukaan yang terdedah
kepada pesakit. Campak boleh menjadi serius dan membawa kematian kepada sesetengah
kanak kanak dan setiap tahun dianggarkan 30 juta hingga 40 juta kes campak berlaku seluruh
dunia menyebabkan lebih dari 75,0000 kematian. Orang yang telah dijangkiti campak akan
membentuk imuniti semulajadi.
Tanda dan Gejala
Gejala bermula 10 – 12 hari selepas terdedah dengan pesakit, Gejala awal adalah seperti
hidung berair, batuk, hidung tersumbat, mata merah, sakit otot , sensitif terhadap cahaya dan
demam. Selepas 2 hingga 4 hari gejala tadi, ruam badan dan tompokan putih di dalam mulut
mula timbul.
Ruam bermula di kepala dan merebak ke bahagian lain, berkembang ke bawah dan bersatu
antara satu sama lain. Ia akan beransur hilang dalam masa 4 hari sebagaimana tempoh ia
berlaku.
Komplikasi
Kebanyakan pesakit campak akan sembuh sepenuhnya , namun ada sesetengah yang akan
menjadi lebih teruk sehingga menyebabkan komplikasi lain berlaku antaranya:
• Jangkitan telinga
• Pembesaran Nodus Limfa
• Inflamasi otak : 1 dalam 1000 kes campak
• Jangkitan paru paru
• Jangkitan bronkus
• Jangkitan peti suara
• Cirit birit atau muntah
• Semasa mengandung, ia boleh menyebabkan kelahiran pramatang, keguguran atau bayi
lahir kekurangan berat badan.
Kematian amat jarang berlaku ( satu atau dua daripada 1000 kes, selalunya disebabkan oleh
jangkitan paru paru atau jangkitan otak.
Rawatan
• Acetaminophen (paracetamol) untuk mengurangkan demam dan sakit badan.
• Rehat (tidur ) dengan cukup.
• Pelembab yang menyegarkan ruang respiratori (pernafasan) dan menghilangkan batuk.
• Antibiotik diberikan kepada pesakit yang membentuk otitis media atau jangkitan kuman
pada paru paru.
• Pengasingan.
Pencegahan
Di Malaysia, vaksin campak biasanya diberikan bersama sama vaksin beguk, dan rubella
ketika berumur satu dan tujuh tahun. Orang yang tidak berimunisasi dan adik beradik perlu
diasingkan dari pesakit.
http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Dewasa/Campak.pdf
Campak dan tumbuh gigi
Doktor hafizi kata, darah baby kurang HB, jadi perlu buat ujian darah sekali lagi. Untuk confirm denggi atau tak biasa kene tunggu 2 hari. Jadi, 8 Ogos, sekali lagi bersesak-sesak di Klinik Rawatan Keluarga, HUSM. Alhamdulillah keputusan ujian daram makin baik.
Ha.. ha.. sebenarnya Fadhilah naik campak je dan tak perlu rawatan doktor. Lepas bintik-bintik dah sampai kat kaki, bolehlah mandikan dengan air beras atau air kelapa.
9 Ogos, timbang berat Fadhilah 7kg. Abi dan umi sibuk doakan supaya Fadhilah cepat pandai jalan, adik dah makin berat sekarang.
Friday, August 6, 2010
Anak Si Penjual Susu

Thursday, August 5, 2010
6bulan 25 hari
- dah pandai tepuk tangan
- ketawa terkekek-kekek bila digeletek
- menangis bila didukung oleh orang yang tidak dikenali
- dah boleh duduk lebih 5 minit
- suka main dengan kakak
- suka makan nasi lembik dan buah
- masih bf
- pandai bergolek-golek
- pandai sebut ummi dan abi tapi cukup clear
- suka baca buku