Showing posts with label coretan peristiwa. Show all posts
Showing posts with label coretan peristiwa. Show all posts
Sunday, December 21, 2014
Thursday, December 11, 2014
Wednesday, January 11, 2012
Selamat Hari lahir ke 2
Selamat hari lahir ke-2 untuk Fadhilatul Ahya'. Alhamdulillah, Fadhilah petah berkata-kata, aktif sangat, dah tak pakai pampers, dah stop breast feed dan sebagainya.
Tak sangka tok Guru Nik Aziz juga sambut birthday pada 10 Jan. Semoga Fadhilah menjadi anak yang solehah. Amin.
Tak sangka tok Guru Nik Aziz juga sambut birthday pada 10 Jan. Semoga Fadhilah menjadi anak yang solehah. Amin.
Friday, December 31, 2010
Adik Dah Pandai Jalan
Alhamdulillah, adik Fadhilah dah pandai jalan dengan baik sekali sebelum usia satu tahun. Semoga adik terus melangkah ke arah kebaikan. amin.
Thursday, December 16, 2010
Setapak Dua
Alhamdulillah,
Fadhilah dah dapat jalan setapak dua. Bila dipimpin satu tangan pun dia dah mampu berjalan dengan baik.
Doakan semoga Fadhilah dapat jalan laju-laju sebelum 10/1/11 ni. Amin.
Fadhilah dah dapat jalan setapak dua. Bila dipimpin satu tangan pun dia dah mampu berjalan dengan baik.
Doakan semoga Fadhilah dapat jalan laju-laju sebelum 10/1/11 ni. Amin.
Sunday, December 5, 2010
Trip Ke Keluang, Johor
Alhamdulillah,
Untuk pertama kali adik Fadilah samapai ke Johor. Umi pula kali ke-3. Kami bertolak pukul 10.00pagi 3 Dis dan sampai ke Keluang pukul 9.45malam pada hari yang sama.
Kesian kakak Hasanah ditinggalkan dengan Mak Toknya. 4 Dis adalah Majlis menyambut menantu bapa saudara abu Uswah.
Pukul 4 petang 4 Dis kami bertolak balik dan sampai di rumah pukul 5.00pagi 5 Dis. Menarikkan.
Untuk pertama kali adik Fadilah samapai ke Johor. Umi pula kali ke-3. Kami bertolak pukul 10.00pagi 3 Dis dan sampai ke Keluang pukul 9.45malam pada hari yang sama.
Kesian kakak Hasanah ditinggalkan dengan Mak Toknya. 4 Dis adalah Majlis menyambut menantu bapa saudara abu Uswah.
Pukul 4 petang 4 Dis kami bertolak balik dan sampai di rumah pukul 5.00pagi 5 Dis. Menarikkan.
Monday, November 29, 2010
Adik Yang Comel
Subhanallah.
Fadhilah adalah adik yang comel.
Mukanya yang berisi menyerlahkan lagi lesung pipit di pipi tatkala dia mengukirkan senyuman.
Anak ini tidak lokek dengan senyuman malah membuat yang lain turut tersenyum dengan keletahnya.
Cak..aa. ujarnya sambil menyembunyikan wajahnya di sebalik kain atau di belakang umi.
Adik suka kakak
Assalamualaikum.
Alhamdulillah. Adik dah pandai panggil kakak.
Adik suka main dengan kakak hasanah. Kalau kakak panjat tangga, adik pun sibuk panjat tangga.
Kalau kakak panjat kerusi, adik pun mencabar dirinya untuk panjat kerusi.
Jadi ummi perlu perhatikan semua aktiviti anak-anak selamat. Mereka sukakan cabaran.
3 Disember 2010 ni, kami nak ke Johor untuk kenduri menyambut menantu sepupu abi. Semoga dipermudahkan Allah segala urusan.
Alhamdulillah. Adik dah pandai panggil kakak.
Adik suka main dengan kakak hasanah. Kalau kakak panjat tangga, adik pun sibuk panjat tangga.
Kalau kakak panjat kerusi, adik pun mencabar dirinya untuk panjat kerusi.
Jadi ummi perlu perhatikan semua aktiviti anak-anak selamat. Mereka sukakan cabaran.
3 Disember 2010 ni, kami nak ke Johor untuk kenduri menyambut menantu sepupu abi. Semoga dipermudahkan Allah segala urusan.
Tuesday, October 19, 2010
9bln 10 hari
Alhamdulillah.
Baru balik dari klinik, timbang adik Fadhilah. 7.6kg. Naik 1.1kg dari 2 bulan lepas.
Adik dah pandai berdiri untuk jangka masa 10saat.
Suka memanjat dan berjalan sambil pegang birai katil atau kerusi.
Merangkak pun dah semakin laju.
Adik dah pandai sebut mm..mi untuk ummi, sebut mama, bah, nak,ok.
Semoga cepat sembuh dari batuk dan selesema.
Baru balik dari klinik, timbang adik Fadhilah. 7.6kg. Naik 1.1kg dari 2 bulan lepas.
Adik dah pandai berdiri untuk jangka masa 10saat.
Suka memanjat dan berjalan sambil pegang birai katil atau kerusi.
Merangkak pun dah semakin laju.
Adik dah pandai sebut mm..mi untuk ummi, sebut mama, bah, nak,ok.
Semoga cepat sembuh dari batuk dan selesema.
Thursday, October 7, 2010
panjat tangga
Wah... alhamdulillah.
fadhilah dah pandai panjat tangga dapur hari ni.
percubaan berdiri untuk 2 saat tanpa pegang apa-apa.
fadhilah dah pandai panjat tangga dapur hari ni.
percubaan berdiri untuk 2 saat tanpa pegang apa-apa.
Saturday, September 18, 2010
8 Bulan
10 sept 2010 bersamaan 1 syawal genap usia fadilah 8 bulan. 5 hari sebelum raya kami di kg laut, pukul 12tghhr hari raya baru balik ke Jembal.
Raya ke-2 kami ke majlis bercukur cucu cik yoh di sebelah istana air mata Kelantan (Kubang Kerian). Pastu ke Estana Warisan, rumah peguam. Kalaulah ada sesi melawat rumahnya yang tiga tingkat tukan menarik. Jamuan diadakan di tingkat bawah yang macam hall, ada meja jepun, meja santai, meja makan, kolam ikan dan rak buku kecil untuk anak-anaknya di tepi buaian.
Perjalanan diteruskan ke Kuala Terengganu, rumah tok ki abi (rumah ayah abah abi). Abah ada 13 orang adik beradik, umi pun tersasul-sasul mengingat nama pakcik makcik abi yang ramai tu. Mungkin umi perlu tulis susur galur keluarga abi dalam buku cantik-cantik. Apa lagi, rumah mereka inilah yang kami ziarahi, ramai tuu.. nasib ada lagi yang belum nikah.
Fadhilah seronok je selalu, alhamdulillah dia boleh didukung oleh orang lain sepanjang raya ni, jadi bolehlah umi menjamu selera dengan hidangan yang pelbagai, yang terkejutnya makan laksa Terengganu yang berkuahkan kari. Sedap juga rasanya.
Kakak Hasanah yang meminati laksa berkuahkan sup kerana kari agak pedas, sampai bertambah-tambah. Berselera sungguh kakak makan, adik pun tumpang sekaki. Makan je semua yang disuap ke mulutnya.
Alhamdulillah juga adik mula beraksi untuk merangkak, semoga berjaya untuk adik yang baik dan solehah.
Wednesday, September 1, 2010
7 bulan ++
Monday, August 9, 2010
Campak dan tumbuh gigi
Pada 5 Ogos yang lalu Fadhilah demam agak panas. Pada masa yang sama gigi pertamanya tumbuh. Alhamdulillah, selepas makan ubat panasnya makin berkurang pada 7 Ogos tapi timbul bintik-bintik merah. Risau juga sebab ada kes denggi di Jembal ni, siap masuk dalm khutbah jumaat. Jadi kami pun membawanya ke bahagian kecemasan HUSM memandangkan 7 Ogos adalah hari sabtu. '
Doktor hafizi kata, darah baby kurang HB, jadi perlu buat ujian darah sekali lagi. Untuk confirm denggi atau tak biasa kene tunggu 2 hari. Jadi, 8 Ogos, sekali lagi bersesak-sesak di Klinik Rawatan Keluarga, HUSM. Alhamdulillah keputusan ujian daram makin baik.
Ha.. ha.. sebenarnya Fadhilah naik campak je dan tak perlu rawatan doktor. Lepas bintik-bintik dah sampai kat kaki, bolehlah mandikan dengan air beras atau air kelapa.
9 Ogos, timbang berat Fadhilah 7kg. Abi dan umi sibuk doakan supaya Fadhilah cepat pandai jalan, adik dah makin berat sekarang.
Doktor hafizi kata, darah baby kurang HB, jadi perlu buat ujian darah sekali lagi. Untuk confirm denggi atau tak biasa kene tunggu 2 hari. Jadi, 8 Ogos, sekali lagi bersesak-sesak di Klinik Rawatan Keluarga, HUSM. Alhamdulillah keputusan ujian daram makin baik.
Ha.. ha.. sebenarnya Fadhilah naik campak je dan tak perlu rawatan doktor. Lepas bintik-bintik dah sampai kat kaki, bolehlah mandikan dengan air beras atau air kelapa.
9 Ogos, timbang berat Fadhilah 7kg. Abi dan umi sibuk doakan supaya Fadhilah cepat pandai jalan, adik dah makin berat sekarang.
Saturday, July 31, 2010
Baby Walker, Masihkah Perlu?

Tidak Membantu Anak Belajar Berjalan
Selain penyebab kecelakaan, penggunaan baby walker juga diduga dapat mengakibatkan kelainan kaki. Sayang, kesadaran orang tua di Malaysia akan keamanan baby walker yang kurang tampaknya masih kurang. Nyatanya di sini baby walker masih saja digunakan, atau setidaknya produk ini masih banyak dijual di pasaran.
Terkesan Praktikal
Lalu mengapa alat bantu jalan ini tetap diminati? Menurut Dr. Karel, karena baby walker secara sekilas terkesan praktikal. Si kecil tinggal dimasukkan ke dalamnya, lalu ia pun mampu berjalan ke sana kemari dengan semahunya. Bagi bayi berusia 7-12 bulan yang sedang aktif dan tengah melatih kemampuannya berjalan, baby walker merupakan penyelamat tenaga ibubapanya. Bukankah dengan begitu orang tua jadi tak perlu keletihan menatih si kecil?
Apalagi di balik bahaya tersembunyi yang ada, baby walker kelihatan sebagai benda yang bermanfaat. Ketika bayi duduk atau berdiri dalam baby walker-nya, ia mampu menggerakkan kaki-kakinya dengan lincah. Jadilah orang tua berfikir, “Ah, kaki anakku jadi terlatih untuk bergerak. Inikan baik untuk persiapan fasa berjalannya.” Namun, alasan penggunaan baby walker yang paling utama biasanya berkaitan dengan upaya mengatasi keinginannya bergerak ke sana kemari. Dengan mampu bergerak bebas bayi menjadi lebih tenang dan tidak bosan. Sementara bagi orang tua, ketenangan si bayi memberi kesempatan kepadanya untuk mengurus berbagai pekerjaan rumahtangga tanpa harus mendampingi si kecil setiap saat.
Ribuan Keelakaan
Kenyataannya, menurut penelitian di Amerika Syarikat sekitar 14.000 kes bayi dimasukkan ke hospital disebabkan oleh kecelakaan saat menggunakan baby walker. Antara lain karena Si Kecil suka bereksplorasi ke setiap sudut rumah, komposisi roda yang tidak mendukung keamanan, komposisi rangka kurang kukuh, dan bentuknya yang membuat anak mudah jatuh.
Namanya juga bayi, tentu saja ia belum mampu mengenal situasi lingkungan; belum mampu membezakan mana permukaan curam atau landai, tangga atau lantai, benda berbahaya atau aman. Inilah beberapa kecelakaan yang sering terjadi akibat penggunaan baby walker:
• meluncur di tangga. Kecelakaan ini kemungkinan besar mengakibatkan patah tulang dan luka serius pada kepala
• terkena benda panas. Ketika duduk dalam baby walker anak mampu meraih benda-benda yang dapat membahayakan dirinya. Contohnya secangkir kopi panas di atas meja
• tenggelam. Tanpa disadari anak meluncur (dengan menggunakan baby walker-nya) ke dalam kolam renang, bath tub, atau mangkuk tandas lalu terjatuh ke dalamnya.
• meraih objek berbahaya. Dengan baby walker, anak lebih mudah meraih objek berbahaya seperti gunting, pisau, atau garpu yang terletak di atas meja misalnya
• tersepit. Ketika melewati permukaan yang bercelah, kaki bayi mungkin terjepit dan terkilir. Tangannya juga mungkin saja tersepit saat meraih celah daun pintu
Yang mengejutkan, penelitian menyatakan bahawa majoriti kecelakaan baby walker terjadi ketika orang tua/pengasuh sedang mengawasi anaknya. Mengapa demikian? Karena kita seringkali kalah dengan kecepatan bayi dalam baby walker yang dapat meluncur lebih dari 1 meter dalam 1 saat. Untuk itulah baby walker sama sekali tidak aman digunakan meskipun di bawah pengawasan orang dewasa.
Menyebabkan Kelainan Kaki
Dr. Karel masih menambahkan soal penggunaan baby walker yang dari sisi medik pun tidak cukup bermanfaat, malah cenderung merugikan. Karena aktivitas motor yang terjadi pada saat anak menggunakan baby walkerhanya melibatkan otot-otot betis sahaja. Padahal untuk mampu berjalan dengan lancar dan benar, fungsi otot paha dan otot pinggul juga perlu dilatih.
Kemampuan berjalan merupakan salah satu ketrampilan motor kasar (gerakan yang dihasilkan oleh koordinasi otot-otot besar), yang umumnya mampu dilakukan anak 1 tahun dengan toleransi waktu 3 bulan. Bila proses pelatihannya tidak benar maka akan membuat anak jadi lambat berjalan. Sebaliknya, semakin intensif dan tepat stimulasi fisiknya maka perkembangannya pun semakin pesat. Bila dibekalkan dengan gizi yang seimbang, mungkin saja di usia 9-10 bulan bayi sudah mampu berjalan.
Jadi manfaat penggunaan baby walker tidak cukup membantu anak untuk latihan berjalan. Di tempat berbeza Dr. Jacinta F. Rini, M.Si., dari e-psikologi.com, menambahkan, secara psikologis penggunaan baby walker memang tidak menguntungkan, “Secara psikologis baby walker akan membuat anak malas untuk belajar berjalan sendiri karena anak sudah biasa merasa enak bila mampu bergerak ke mana pun tanpa harus susah payah menjejakkan kakinya.”
Penggunaan baby walker bahkan dicurigai mampu mengakibatkan kelainan kaki pada anak. Memang belum ada penelitian yang mendalam, namun, kenyataan bahawa bayi duduk sambil mengangkang dalam baby walker¬nya diduga mampu menyebabkan kelainan tulang paha. Nah, berdasarkan pemahaman inilah, banyak ahli menduga penggunaan baby walker dapat menyebabkan anak berjalan agak mengangkang.
Terbiasa berjalan dengan baby walker juga mampu menimbulkan kelemahan otot-otot. Ketika diajarkan berjalan anak cenderung jatuh yang akhirnya sering membuatnya trauma dan tidak mahu melakukannya lagi sehingga kemampuan berjalannya pun menjadi lebih lambat.
Alami Lebih Baik
Jadi menurut Dr. Karel, tinggalkan baby walker. Juga, ketimbang mencari-cari alternatif alat bantu jalan lainnya, ia lebih menyarankan agar Si Kecil diajak berenang, karena dengan begitu semua otot tubuhnya bergerak, dari otot kaki, lengan, dan leher. Kalaupun tidak, cara melatih anak berjalan yang terbaik adalah yang alami. “Sangat baik anak belajar berjalan secara alami karena dapat melatih 100% serabut motor otot. Mulai otot betis, paha, maupun pinggul. Bila keseluruhan serabut otot dilatih maka anak mampu berjalan dengan lebih baik. Jadi secara medik lebih menguntungkan kalau kita pakai cara alami daripada menggunakan baby walker.” Meskipun si kecil harus jatuh bangun, anggaplah hal ini sebagai pelajaran dari pengalamannya sendiri.
Yang patut dicermati, sebaiknya latihan berjalan dilakukan dengan bertelanjang kaki. Cara ini akan melatih jari-jari kak
Tuesday, July 20, 2010
Praktis Ke Masjid Dengan Si Kecil

Wah... tak sabar rasanya nak sambut Ramadan ni. Terimbau kembali kenangan bersahur di pagi hari, keletihan berpuasa dan kenikmatan berbuka. Terngiang-ngiang suara imam dalam solat tarawih, suara makmum mengaminkan doa dan bacaan Quran di waktu senggang. Rindu juga pada bau rumput tatkala lewat ke surau sehingga bertarawih di atas rumput yang dihampar tikar dan bau moore seusai solat.
Mungkin ketika belum bercahaya mata, kita bebas berbuat apa saja. Tapi setelah beranak pinak ni, ibubapa perlulah lebih kreatif dan bekerjasama untuk menghidupkan Ramadhan. Mungkin tidak sukar menuntut tangan anak yang sudah pandai berjalan dan mendengar arahan untuk duduk di tepi dinding masjid sehingga kita selesai solat, tapi mudahkah untuk membiasakan bayi untuk senyap sehingga kita selesai solat.
Jika pembaca ingin juga menunaikan solat tarawih di surau atau masjid tapi mempunyai bayi yang masih kecil, bertindaklah sekarang.
1. Kelengkapan ke surau
Pastikan anda membawa peralatan solat seperti telekung solat, sejadah dan Al-Quran jika perlu. Sediakan lapik seperti toto kecil untuk alas bayi, bantal kecil, mainan yang tidak mengganggu jemaah lain, susu dan 'diapers'.
2. Keadaan surau
Pastikan surau atau masjid yang akan anda datangi selesa untuk anda dan bayi seperti ruang solat yang agak luas. Rakaat solat tarawikh dan bacaan solatnya juga tidak terlalu panjang. Jika anda turut membawa kanak-kanak, pastikan tangga surau tidak terlalu tinggi kerana mereka gemar bermain di tangga.
3. Kenderaan ke surau
Pilihlah kenderaan yang sesuai untuk anda sampai ke surau. Adalah lebih baik jika anda turut membawa teman jika sesuatu yang tidak terjangka terjadi.
Jangan lupa untuk meluruskan niat kerana Allah dan berdoa agar dipermudahkan solat-solat anda sepanjang Ramadhan ini. Jika anak menangis, utamakanlah dia berbanding solat bersama imam kerana tangisannya akan mengganggu jemaah yang lain. Sabarlah di atas kesulitan yang terjadi kerana masih ada bahagian pahala yang lain dari Allah untuk orang yang sabar.
Salam Ramadhan untuk semua.
Tuesday, March 2, 2010
Urutan bayi
Alhamdulillah. Ummi luangkan masa untuk urut Fadhilah selepas mandi supaya tahan lasak macam kakak Hasanah.
Inilah faedah-faedah urutan bayi :
1. Urutan bayi membantu pembesaran fizikal bayi
- menguatkan otot-otot dan memperbaiki motor pergerakan
- berat bayi bertambah 47%
2 Urutan bayi menguatkan ketahanan tubuh badan
- bayi jarang mengalami simptom jatuh sakit
3 Urutan bayi membina keyakinan diri
1. Urutan bayi membantu pembesaran fizikal bayi
- menguatkan otot-otot dan memperbaiki motor pergerakan
- berat bayi bertambah 47%
2 Urutan bayi menguatkan ketahanan tubuh badan
- bayi jarang mengalami simptom jatuh sakit
3 Urutan bayi membina keyakinan diri
Tok Wan MENANGIS
Sepanjang 40 hari ummi pantang, nenek ummi (Tok Wan) yang akan mandikan Fadhilah. Masa hari ke-41, ummi bawa balik fadhilah ke Tawang. Tok Wan nangis, katanya 'sunyi rasanya bila fadhilah tak de.'
Hari ke-50 ummi bawa Fadhilah jumpa Tok Wan sebab Tok Wan demam sepanjang 10 hari ni. Tak selera makan hingga turun 2kg. Kesian sungguh ! Bila jumpanya, dia dokong Fadhilah hingga kami balik ke Tawang .
Sunday, February 28, 2010
Rawatan FOTOTERAPI di RUMAH ?
Alhamdulillah, Fadhilah terlepas daripada serangan jaundis sebab ummi susukan fadhilah banyak-banyak. Jadi boleh terus keluar wad pada hari kedua. Balik je rumah, bagi susu banyak-banyak, mandikan dengan air daun inai, lepas mandi dengah dengan pasir yang digoreng. Hasilnya, dengan izin Allah semuanya selamat.
Apa-apa pun, bagi siapa yang berkemampuan untuk menyewa mesin fototerapi untuk anak jaundis di rumah, bolehlah menyewanya di sini.
Kita hanya berusaha, dan tentu sekali kesembuhan itu tetap dari Allah. Kesihatan adalah nikmat dan rezeki yang perlu disyukuri.
Friday, February 26, 2010
Di sini BERMULA
Subscribe to:
Comments (Atom)



