Fadhilatul Ahya' (10 Jan 2010)

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Sunday, September 19, 2010

Barangan Terpilih Giveaway



Sempena Syawal yang mulia ini, saya ingin mengadakan giveaway pertama di http://baranganterpilih.blogspot.com/. Tawaran menarik ini bermula 20 September 2010 sehingga 10 Oktober 2010 jam 10.10malam.


Hadiahnya ialah...

TEMPAT PERTAMA
-> Hamper dari Barangan Terpilih bernilai RM20
-> Diskaun 15% bagi setiap pembelian di Barangan Terpilih

TEMPAT KEDUA
-> Hamper dari Barangan Terpilih bernilai RM15
-> Diskaun 10% bagi setiap pembelian di Barangan Terpilih

5 HADIAH SAGUHATI
-> Diskaun 10% bagi setiap pembelian di Barangan Terpilih

DAN
->Diskaun 5% bagi setiap pembelian di Barangan Terpilih untuk peserta-peserta lain yang tidak berjaya mendapatkan hadiah di atas. (Jika lulus semua syarat penyertaan.)

Jadi... setiap peserta akan mendapat hadiah masing-masing. Berbaloikan !


Syarat-syarat pertandingan...

1.Pertandingan ini terbuka kepada semua blogger di Malaysia.


3.Sila letakkan blog http://baranganterpilih.blogspot.com/ danhttp://danawarisan.com/blog/ dalam senarai blogroll anda.

4.Anda perlulah menjadi ahli kepada http://anakkusayang.com .

5.Buat satu entri bertajuk "Barangan Terpilih Giveaway" di blog anda dengan sekreatif mungkin.


Nota Penting :

Seorang peserta hanya layak untuk satu penyertaan. Sila nyatakan username anda sebagai follower dan username di anakkusayang.com pada bahagian komen entri ini di blog baranganterpilih.blogspot.com/. Nyatakan juga link entri diblog anda yang bertajuk"Barangan Terpilih Giveaway".

Pemenang dikira berdasarkan kelima-lima syarat di atas dan data penyertaan yang lengkap.

Tarikh tutup pertandingan ialah pada pukul 10.10 malam 10/10/10.


Namun begitu, peserta yang lulus semua syarat penyertaan berhak untuk mendapat diskaun 5% untuk setiap pembelian di Barangan Terpilih bermula dari sekarang.

Selamat Mencuba...

Saturday, September 18, 2010

8 Bulan

10 sept 2010 bersamaan 1 syawal genap usia fadilah 8 bulan. 5 hari sebelum raya kami di kg laut, pukul 12tghhr hari raya baru balik ke Jembal.

Raya ke-2 kami ke majlis bercukur cucu cik yoh di sebelah istana air mata Kelantan (Kubang Kerian). Pastu ke Estana Warisan, rumah peguam. Kalaulah ada sesi melawat rumahnya yang tiga tingkat tukan menarik. Jamuan diadakan di tingkat bawah yang macam hall, ada meja jepun, meja santai, meja makan, kolam ikan dan rak buku kecil untuk anak-anaknya di tepi buaian.

Perjalanan diteruskan ke Kuala Terengganu, rumah tok ki abi (rumah ayah abah abi). Abah ada 13 orang adik beradik, umi pun tersasul-sasul mengingat nama pakcik makcik abi yang ramai tu. Mungkin umi perlu tulis susur galur keluarga abi dalam buku cantik-cantik. Apa lagi, rumah mereka inilah yang kami ziarahi, ramai tuu.. nasib ada lagi yang belum nikah.

Fadhilah seronok je selalu, alhamdulillah dia boleh didukung oleh orang lain sepanjang raya ni, jadi bolehlah umi menjamu selera dengan hidangan yang pelbagai, yang terkejutnya makan laksa Terengganu yang berkuahkan kari. Sedap juga rasanya.

Kakak Hasanah yang meminati laksa berkuahkan sup kerana kari agak pedas, sampai bertambah-tambah. Berselera sungguh kakak makan, adik pun tumpang sekaki. Makan je semua yang disuap ke mulutnya.

Alhamdulillah juga adik mula beraksi untuk merangkak, semoga berjaya untuk adik yang baik dan solehah.

Wednesday, September 1, 2010

7 bulan ++


Alhamdulillah. fadilah dah boleh duduk dengan baik.

Perkembangan terbaru, dia dah boleh menyusur. Teruskan usaha.

Esok, nenek, atuk, cik na, cik fatin, cik malin dan pok pang balik kelantan.