10 sept 2010 bersamaan 1 syawal genap usia fadilah 8 bulan. 5 hari sebelum raya kami di kg laut, pukul 12tghhr hari raya baru balik ke Jembal.
Raya ke-2 kami ke majlis bercukur cucu cik yoh di sebelah istana air mata Kelantan (Kubang Kerian). Pastu ke Estana Warisan, rumah peguam. Kalaulah ada sesi melawat rumahnya yang tiga tingkat tukan menarik. Jamuan diadakan di tingkat bawah yang macam hall, ada meja jepun, meja santai, meja makan, kolam ikan dan rak buku kecil untuk anak-anaknya di tepi buaian.
Perjalanan diteruskan ke Kuala Terengganu, rumah tok ki abi (rumah ayah abah abi). Abah ada 13 orang adik beradik, umi pun tersasul-sasul mengingat nama pakcik makcik abi yang ramai tu. Mungkin umi perlu tulis susur galur keluarga abi dalam buku cantik-cantik. Apa lagi, rumah mereka inilah yang kami ziarahi, ramai tuu.. nasib ada lagi yang belum nikah.
Fadhilah seronok je selalu, alhamdulillah dia boleh didukung oleh orang lain sepanjang raya ni, jadi bolehlah umi menjamu selera dengan hidangan yang pelbagai, yang terkejutnya makan laksa Terengganu yang berkuahkan kari. Sedap juga rasanya.
Kakak Hasanah yang meminati laksa berkuahkan sup kerana kari agak pedas, sampai bertambah-tambah. Berselera sungguh kakak makan, adik pun tumpang sekaki. Makan je semua yang disuap ke mulutnya.
Alhamdulillah juga adik mula beraksi untuk merangkak, semoga berjaya untuk adik yang baik dan solehah.
No comments:
Post a Comment