
Wah... tak sabar rasanya nak sambut Ramadan ni. Terimbau kembali kenangan bersahur di pagi hari, keletihan berpuasa dan kenikmatan berbuka. Terngiang-ngiang suara imam dalam solat tarawih, suara makmum mengaminkan doa dan bacaan Quran di waktu senggang. Rindu juga pada bau rumput tatkala lewat ke surau sehingga bertarawih di atas rumput yang dihampar tikar dan bau moore seusai solat.
Mungkin ketika belum bercahaya mata, kita bebas berbuat apa saja. Tapi setelah beranak pinak ni, ibubapa perlulah lebih kreatif dan bekerjasama untuk menghidupkan Ramadhan. Mungkin tidak sukar menuntut tangan anak yang sudah pandai berjalan dan mendengar arahan untuk duduk di tepi dinding masjid sehingga kita selesai solat, tapi mudahkah untuk membiasakan bayi untuk senyap sehingga kita selesai solat.
Jika pembaca ingin juga menunaikan solat tarawih di surau atau masjid tapi mempunyai bayi yang masih kecil, bertindaklah sekarang.
1. Kelengkapan ke surau
Pastikan anda membawa peralatan solat seperti telekung solat, sejadah dan Al-Quran jika perlu. Sediakan lapik seperti toto kecil untuk alas bayi, bantal kecil, mainan yang tidak mengganggu jemaah lain, susu dan 'diapers'.
2. Keadaan surau
Pastikan surau atau masjid yang akan anda datangi selesa untuk anda dan bayi seperti ruang solat yang agak luas. Rakaat solat tarawikh dan bacaan solatnya juga tidak terlalu panjang. Jika anda turut membawa kanak-kanak, pastikan tangga surau tidak terlalu tinggi kerana mereka gemar bermain di tangga.
3. Kenderaan ke surau
Pilihlah kenderaan yang sesuai untuk anda sampai ke surau. Adalah lebih baik jika anda turut membawa teman jika sesuatu yang tidak terjangka terjadi.
Jangan lupa untuk meluruskan niat kerana Allah dan berdoa agar dipermudahkan solat-solat anda sepanjang Ramadhan ini. Jika anak menangis, utamakanlah dia berbanding solat bersama imam kerana tangisannya akan mengganggu jemaah yang lain. Sabarlah di atas kesulitan yang terjadi kerana masih ada bahagian pahala yang lain dari Allah untuk orang yang sabar.
Salam Ramadhan untuk semua.
No comments:
Post a Comment